Kini boleh layari web PUTRI COLLECTION untuk belian shopping cart!!

Kini boleh layari web PUTRI COLLECTION untuk belian shopping cart!!

PROFILE PUTRI COLLECTION

PUTRI Collection telah ditubuhkan pada bulan Disember 2009 yang telah menjalankan perniagaan secara online & offline secara kecil-kecilan. Pemilik tunggal Sazariah Abdul Aziz sudah berkahwin dan telah dikurniakan 6 orang cahaya mata. Pernah melanjutkan pelajaran dalam bidang Rekabentuk Dalaman di Uitm telah mengambil keputusan untuk menjalankan bisnes TUDUNG MUSLIMAH setelah mendapat permintaan yang membanggakan daripada pelanggan terutamanya keluarga tersayang.

Perniagaan yang berimejkan ANGGUN, SOPAN & ELEGAN menjadi konsep perniagaan tudung supaya wanita bertudung juga boleh bergaya setiap masa mengikut peredaran semasa. Selain itu, wanita bertudung juga akan lebih merasa dihargai serta berketrampilan walaupun memakai tudung dengan itu, pihak PUTRI Collection akan berusaha memenuhi citarasa wanita dalam menghasilkan pelbagai variasi tudung.

Dengan harapan serta cita-cita yang tinggi dalam mengharungi dunia perniagaan PUTRI Collection akan berusaha menempah nama sebaris dengan keluaran-keluaran tudung ternama yang telah lama berkecimpung dalam penjualan tudung-tudung muslimah. Hanya Usaha, Doa & Tawakal yang menjadi pegangan untuk PUTRI Collection mengorak langkah untuk mendaki tangga kejayaan.

Semoga PUTRI Collection dapat memenuhi citarasa kaum hawa untuk kelihatan anggun sepanjang masa!
Insyaallah...